• Ahmad Tarmizi Sulaiman

MAPIM Kehilangan Seorang Aktivis dan Penasyid Yang Gigih Menyantuni Masyarakat


Pemergian Allahyarham Azhan Atan pada awal pagi semalam (10 April 2017) sangat mengejutkan kita semua.


Kehilangan beliau amat menyedihkan seluruh warga MAPIM dan sudah pasti juga kepada para ahli gerakan dakwah dan sukarelawan di seluruh negara.


Saudara Azhan Atan yg sangat dikenali dalam dunia dakwah khususnya selepas beliau muncul dalam rancangan realiti TV9, Akademi Nasyid dan menang sebagai juara dalam rancangan ini. Suaranya yang sangat merdu mengalukan nasyid menjadi mesej suara dakwah yang sangat terkesan.


Beliau yang banyak terlibat dalam gerakerja sukarelawan MAPIM dan Unit Amal Malaysia sangat gigih bergerak ke seluruh negara menyantuni masyarakat walapun beliau sendiri adalah seorang yang cacat separuh penglihatan. Kegigihan beliau bertungkus lumus dalam operasi bantuan banjir pantai timur beberapa tahun lalu amat dingingati oleh para sukarelawan dari seluruh negara.


Beliau juga adalah sukarelawan MAPIM yang telah mengikuti misi kemanusian ke Gaza Palestin beberapa tahun yang lalu.


Komitmen beliau dalam kerja kerja sukarelawan adalah idola anak anak muda yang ramai dilatih dibawah bimbingannya.


Semoga kerja kerja amal kebajikannya di ganjari rahmat oleh Allah SWT.


Mudahan rohnya dirahmati Allah swt dan mendapat syafaat nabi saw.


Takziah kepada kepada isteri,anak anak dan keluarganya.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


AlFatihah


. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



Ahmad Tarmizi Sulaiman

Naib Presiden MAPIM

4 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua