• Hidayat Abdullah

MAPIM Lancar Kempen Rohingya di Bumi Borneo


Miri, Sarawak - 1 Disember 2016. MAPIM cawangan Sarawak giat berkempen untuk mengumpulkan dana bantuan yang akan disalurkan kepada Etnik Rohingya di Maungdaw hujung bulan ini.


Dengan Slogan "Kamek Prihatin" , MAPIM Sarawak terus-menerus berkempen dalam menyebarkan maklumat terkini berkenaan isu penghapusan etnik Rohingya ini.


"Kini MAPIM sedang berusaha mengumpul dana bagi tujuan murni ini, dianggarkan kami memerlukan sekurang-kurang RM 1 Juta untuk tujuan menyewa kapal dan membeli barang-barang makanan dan keperluan lain. Dianggarkan kami memerlukan 3 kapal yang penuh dengan makanan dan barangan keperluan bagi tujuan ini." Kata Presiden MAPIM, Cikgu Azmi selepas Mesyuarat Tergempar ASEAN+, Ulama dan NGOs pada selasa lepas.


Kempen ini diperkukuhkan lagi dengan slogan "Food Flotila For Myanmar" yang memfokuskan bantuan makanan, perubatan dan pakaian.


Ayuh! Kami bantu anda untuk salurkan bantuan kemanusiaan ini! Klik Disini untuk menyumbang!




>>Tabung Rohingya MAPIM<<

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua