• Hidayat Abdullah

UiTM Jasin Cakna Isu Ummah


Jasin, Melaka - 10 November 2016, MAPIM dijemput khas oleh Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) , UiTM Cawangan Jasin Melaka dalam Forum Khas yang bertajuk Bicara Keamanan.


MAPIM yang diwakili oleh Tuan Naib Presiden iaitu Haji Abd Aziz Abu Bakar turut diganding bersama Saudara Isman dari kumpulan Hijjaz sebagai ahli panel forum ini. Forum dirancakkan lagi dengan moderator yang berbakat besar iaitu Saudara Khairul Amirin.


Forum ini mengupas isu ummah yang bergolak di Syria dan Palestin. Perkongsian daripada Isman Hijjaz yang pernah mengikuti misi ke Gaza dan Syria bersama MAPIM sangat memberi impak yang besar kepada Mahasiswa.


Program ini dirasmikan sendiri oleh Timbalan Rektor UiTM Jasin , Prof Madya Hj Zakaria Tajuddin seterusnya merasmikan kutipan Tabung Peduli Ummah disini.

Kutipan Sumbangan pada Program ini terus disalurkan kedalam Tabung Syria sempena Misi Bantuan Syria Musim Sejuk yang akan di laksanakan pada Januari 2017.


UiTM Jasin telah menunjukkan Peduli Ummah, anda bila lagi? Hubungi kami jika anda berminat untuk Program Peduli Ummah. >>Klik disini<<

2 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua