• Nik Abd Aziz

MAPIM dan NGO Kemanusiaan China Salur Bantuan Ke Bangladesh


Chittagong, Bangladesh - 21 September 2016 Chinese Muslim NGO berkolaborasi bersama Mapim dalam projek bantuan kemanusiaan kepada Etnik Rohingya.


Mapim mengetuai misi ke Bangladesh ini dan dibantu sama oleh 4 orang yang mewakili NGO dari China iaitu Puan Lihong Wang, Minqing Bai, Yunfeng Mu dan Hj Elyas termasuk 2 orang deligasi MAPIM iaitu saudara Muhammad Hidayat dan Nik Abd Aziz (Ketua Misi). Fokus misi kali ini ialah untuk menyalurkan dana dan bantuan kepada penduduk pendalaman di Chittagong.


Lebih 3000 keluarga yang berjaya di salurkan bantuan dan sebanyak 10 buah Madrasah Rohingya yang telah mendapat manfaat dalam misi ini. Bantuan pek makanan berupa beras dan minyak masak telah berjaya diagihkan kampung-kampung di pendalaman Chittagong. Di samping proses saluran bantuan berjalan pihak kami berjaya mengumpul maklumat dan perangkaan projek Mikro Kredit kepada masyarakat miskin Bangladesh amnya dan masyarakat Rohingya khususnya.


Dana yang dibawa oleh NGO China merupakan zakat harta dari penduduk Muslim Guangzhou, China.


Hasil perbincangan bersama Ketua-Ketua Kampung tempatan di Chittagong mereka bersetuju untuk membuat satu usahasama projek mikro kredit seperti menjual produk-produk tempatan yang dibuat sendiri di dalam industri China.


Selain itu, berdasarkan perbincangan bersama pihak Madrasah Rohingya di sini pula telah memutuskan untuk mengadakan projek untuk menaik taraf pendidikan dari segi infrastuktur dan medium pembelajaran mereka.


Ayuh bersama dalam membantu mereka!! Dari Ummah Untuk Ummah.


0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua