• Mohd Azmi Abdul Hamid

MAPIM Seru "Back to Quran"


MAPIM menyeru agar seluruh kaum Muslimin menyahut perhimpunan World QuranHour pada esok 9 Zulhijjah 1437 H bersamaan 1 September 2016 untuk menyertai majlis membaca dan menghayati makna ayat-ayat Al-Quran selama satu jam 9.00-10.00 pagi pada hari tersebut.


Ini adalah permulaan kepada suatu gelombang tarbiyyah umat untuk kembali kepada Al-Quran sebagai pedoman dan jalan keluar kepada segala kemelut yang sedang melanda umat.


Sudah sampai masanya seluruh umat Islam kembali menghayati Islam selengkapnya berpandukan Tarbiyyah Qurani dan meneladani pedoman Sunnatur Rasul.


Gelombang "Back to Al-Quran" adalah semboyan MAPIM untuk menterjemahkan hasrat Quranhour dan seluruh rangkaian MAPIM nasional, regional dan internasional akan digembleng agar menjadikan Al Quran sebagai paksi kepada seluruh gerakerja masing-masing.


www.mapim.org

1 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua