• Yusmizal Dolah Aling | yusmizal@hmetro.com.my

MAPIM lancar Ummah Korban Antarabangsa


Kuala Lumpur: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melancarkan Ummah Korban Antarabangsa buat julung kalinya dengan penyertaan lebih 1,000 sukarelawan seluruh negara.


Antara negara terbabit termasuklah di benua Afrika seperti Burkina Faso, Somalia,Mauritania, Ghana dan Sudan selain Asia Tenggara, Asia Tengah dan Asia Selatan.


Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bertemakanMembenteras Kebuluran , Menyantuni Kefakiran, MAPIM mengambil inisiatif mengumpul maklumat dari beberapa negara mengenai status umat Islam di seluruh dunia dan menentukan lokasi untuk menawarkan umat Islam di Malaysia menyertainya.


"Kami mengambil perhatian terhadap kebuluran dialami umat Islam di kebanyakan negara Islam majoriti dan negara umat Islam minoriti yang miskin.


"Akibat dihimpit kemiskinan oleh kegagalan sistem ekonomi tidak diurus dengan baik, umat Islam di negara-negara berkenaan menghadapi keadaan yang parah dari sudut sekuriti makanan," katanya ketika majlis pelancaran program itu hari ini.


Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/157978

2 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua